1) Berdasarkan amalan standard industri memproses ayam di Malaysia, usus ayam hanya dikeluarkan setelah ayam siap di proses. Air panas digunakan utk melembutkan bulu ayam yang dicemari dengan najis daripada usus dan darah.. APA YANG KITA TAK TAHU DAN PATUT KITA TAHU...Air panas pada suhu 75 darjah celcius ( lom tahap air mendidih) menyebabkan air yang bercampur najis dan darah ayam berjaya menembusi daging ayam. Keadaan ini bukan sahaja menjadikannya Haram untuk di makan oleh orang muslim, malah turut membahayakan kesihatan.
2) Stunning ialah proses melalikan ayam dengan kejutan elektrik sebelum sembelihan yang mana banyak dilakukan di Malaysia. APA YANG KITA TAK TAHU DAN PATUT KITA TAHU.. Penggunaan stunning yang tidak terkawal akan menyebabkan kematian ayam dan dikuatiri ayam menjadi bangkai sebelum penyembelihan dan telah tertulis di dalam Al-Quran larangan memakan bangkai...
3) Teknologi tapisan air yang kini bertambah canggih menambahkan kekeliruan pengguna dalam memilih yang mana satu pilihan hati untuk keperluan isi rumah..Tapisan air yang berteknologi nano, bermagnet, beraura, dan banyak lagi ber...APA YANG KITA TAK TAHU DAN PATUT KITA TAHU.. adakah HALAL sumber-sumbernya (tulang @ tumbuh-tumbuhan @ haiwan dsb) ?, siapa yang membuatnya (orang islam @ bukan islam)?, di mana kilangnya (lokasi tempat membuat, bersih atau kotor)?, siapa pemilik kilangnya(orang islam @ bukan islam)? dan byk lagi persoalan akan timbul jika seseorang itu manitikberatkankan soal Halal dan Haram..
4) Makin lama makin banyak produk makanan yang terdapat di Malaysia. Makanan ringan? Makan berat? minuman? tetapi adakah kita tahu...? ..GMP...IMP? . GMP ialah Good Manufacturing Practice..GMP adalah satu proses pengilangan yang mementingkan kebersihan yang tinggi supaya produk yang di hasilkan tidak ada kontiminasi bakteria seperti E-coli, Salmonella atau sebagainya. GMP ialah persijilan yang mendapat pengiktirafan dari Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan Malaysia (BPFK). Tidak semua produk GMP diiktiraf HALAL oleh JAKIM sebagai mengeluarkan produk yang suci dari kontiminasi yang was-was.. Manakala IMP ialah Islamic Manufacturing Practice. Produk IMP boleh berasal daripada GMP manakala Produk IMP tiada di dalam produk GMP..APA YANG KITA TAK TAHU DAN PATUT KITA TAHU.. IMP ialah satu piawaian yang HALALAN TOYYIBAN iaitu suatu proses pengilangan yang bukan sahaja suci dari sudut rohaninya. Proses pengilangan diambil kira aspek2 syara' seperti
i) proses pencucian menggunakan air mutlak
ii) operator (pekerja Muslim) digalakkan sentiasa berada dalam keadaan berwudhuk dan mengetahui hukum taharah.
iii) setiap proses dimulakan dengan bacaan Bismillah dan Doa
http://www.impcomm.org
5) * wat mase ni, yang ni dulu.. akan di update soon.. :)
Mohon share...tq
BalasPadamCasino Review | Honest Review by KOMA Casino
BalasPadamIs 드래곤 타이거 it 바카라양방계산기 Safe to play at a Casino 바카라 필승법 Online? — It does not 실시간 배당 matter which 카카오 스포츠 country you are, but does it matter where you are located in your country. The casino