About

Selasa, 11 Oktober 2011

PRODUK HALAL BUATAN MSLIM..


SUSU HALIBS dengan campuran KISMIS dan  KURMA (RM25.00)
SMART COCO A+ (RM19.00)


Minuman Malt Coklat SMYLO (RM13.50/900g)

SPAGEMEE - Mee Kuning Kering (RM2.20)

AYAM DAGING ORGANIK (RM18.50/ekor) 

BEBOLA DAGING (RM11.00)

AYAM KAMPUNG ORGANIK (RM20.50/ekor)


KOKO GOAT (RM28.00)


JUS TOK GURU (RM19.50)

BIHUN SUFI (RM2.50)

PUTERI ALYA AWET MUDA (RM35.00)

JUS AL-KHAIRA (RM41.00/kotak)
                                 (RM100.00/3kotak)


KITA TAK TAHU DAN PATUT TAHU.....

1) Berdasarkan amalan standard industri memproses ayam di Malaysia, usus ayam hanya dikeluarkan setelah ayam siap di proses. Air panas digunakan utk melembutkan bulu ayam yang dicemari dengan najis daripada usus dan darah.. APA YANG KITA TAK TAHU DAN PATUT KITA TAHU...Air panas pada suhu 75 darjah celcius ( lom tahap air mendidih) menyebabkan air yang bercampur najis dan darah ayam berjaya menembusi daging ayam. Keadaan ini bukan sahaja menjadikannya Haram untuk di makan oleh orang muslim, malah turut membahayakan kesihatan.

2) Stunning ialah proses melalikan ayam dengan kejutan elektrik sebelum sembelihan yang mana banyak dilakukan di Malaysia. APA YANG KITA TAK TAHU DAN PATUT KITA TAHU.. Penggunaan stunning yang tidak terkawal akan menyebabkan kematian ayam dan dikuatiri ayam menjadi bangkai sebelum penyembelihan dan telah tertulis di dalam Al-Quran larangan memakan bangkai...

3) Teknologi tapisan air yang kini bertambah canggih menambahkan kekeliruan pengguna dalam memilih yang mana satu pilihan  hati untuk keperluan isi rumah..Tapisan air yang berteknologi nano, bermagnet, beraura, dan banyak lagi ber...APA YANG KITA TAK TAHU DAN PATUT KITA TAHU.. adakah HALAL sumber-sumbernya (tulang @ tumbuh-tumbuhan @ haiwan dsb) ?, siapa yang membuatnya (orang islam @ bukan islam)?, di mana kilangnya (lokasi tempat membuat, bersih atau kotor)?, siapa pemilik kilangnya(orang islam @ bukan islam)? dan byk lagi persoalan akan timbul jika seseorang itu manitikberatkankan soal Halal dan Haram..

4) Makin lama makin banyak produk makanan yang terdapat di Malaysia. Makanan ringan? Makan berat? minuman? tetapi adakah kita tahu...? ..GMP...IMP? . GMP ialah Good Manufacturing Practice..GMP adalah satu proses pengilangan yang mementingkan kebersihan yang tinggi supaya produk yang di hasilkan tidak ada kontiminasi bakteria seperti E-coli, Salmonella atau sebagainya. GMP ialah persijilan yang mendapat pengiktirafan dari Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan Malaysia (BPFK). Tidak semua produk GMP diiktiraf HALAL oleh JAKIM sebagai mengeluarkan produk yang suci  dari kontiminasi yang was-was.. Manakala IMP ialah Islamic Manufacturing Practice. Produk IMP boleh berasal daripada GMP manakala Produk IMP tiada di dalam produk GMP..APA YANG KITA TAK TAHU DAN PATUT KITA TAHU.. IMP ialah satu piawaian yang HALALAN TOYYIBAN iaitu suatu proses pengilangan yang bukan sahaja suci dari sudut rohaninya. Proses pengilangan diambil kira aspek2 syara' seperti
 i) proses pencucian menggunakan air mutlak
 ii) operator (pekerja Muslim) digalakkan sentiasa berada dalam keadaan berwudhuk dan mengetahui hukum taharah.
 iii) setiap proses dimulakan dengan bacaan Bismillah dan Doa

http://www.impcomm.org




5) * wat mase ni, yang ni dulu.. akan di update soon.. :)

MENGAPA DOA KITA TIDAK DITERIMA...?

Rasulullah S.A.W bersabda bahawasanya tidaklah diterima ibadahnya seseorang yang memakan barang yang haram Baginda menambahkan, banyak orang berusaha sekuat tenaga untuk beribadah kepada Allah SWT lalu mangangkat kedua tangan seraya memohon "Ya Allah" "Ya Allah" Ku mohon kepadaMu terimalah ibadahku, tetapi jika makannya haram, minumannya juga haram, pakaiannya pun haram bagaimana mungkin doa mereka itu akan dikabulkan..? (Muslim & tirmidzi)

Suatu hari, Sa'ad bin Abi Waqqas meminta kepada Rasulullah SAW untuk mendoakannya supaya doanye dimakbulkan Allah SWT. Maka Rasulullah bersabda, "Wahai Sa'ad, jika kamu makan daripada makan yang halal dan toyyib, Allah akan menjawab semua permohonanmu itu" dan Rasulullah menyambung lagi, "Aku bersumpah demi Allah yang nyawaku dalam genggamanNya. Jika seseorang itu makan hanya sedikit daripada benda haram, amalannya tidak akan diterima selama 40 hari lamanya...( HR At-Tabrani) (lihat Ad-Durar Al-Mantsur Fi Tafsir Bil Ma'tsur Juz ii hal 403)