About

Khamis, 25 Ogos 2011

.::NASIHAT UNTUK AKAL YANG BAHAGIA::.


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG...
Alhamdulillah...
Dengan izin ALLAH SWT, dapat juga blog HAB HALAL SOUQ ini diterbitkan buat kali yang pertama.
Tujuan penubuhan blog ini adalah untuk memperkenalkan kepada masyarakat secara umum, khususnya kepada umat Islam tentang produk HALAL BUATAN MUSLIM yang boleh kita gunakan dalam kehidupan seharian.

Mutakhir ini, ramai manusia kurang mengambil berat tentang sumber pemakanan yang diambil oleh mereka.
Adakah benar semua kandungan bahan-bahan makanan kita HALAL
dari segi kandungan dan pembuatannya? Renung-renungkan...


KEBANYAKAN UMAT ISLAM HARI INI TIDAK FAHAM MAKSUD HALALAN THOYYIBAH YANG SEBENAR

Apakah pesan-pesan al-Quran mengenai makanan? Ketika berbicara tentang perintah makanan, ALLAH SWT memerintahkan agar manusia memakan makanan yang sifatnya halal dan toyyib.

APA MAKSUD HALAL?
Sesuatu yang halal adalah yang terlepas daripada ikatan bahaya duniawi dan ukhrawi.

APA MAKSUD TOYYIB?
Toyyib dari segi bahasa beerti lazat, baik, sihat dan mententeramkan. Pakar-pakar tafsir ketika menjelaskan perkataan ini dalam konteks perintah makan menyatakan bahawa ia beerti makanan yang tidak kotor dari segi zatnya atau rosak atau dicampuri benda najis.


PERINGATAN SUPAYA MEMILIH PRODUK HALALAN TOYYIBA DAN MENJAUHKAN NAJIS YANG BOLEH MUDHARATKAN DIRI DALAM AL-QURAN

Ibn Faris r.a. berkata:
"Najis menurut sumber yang sahih menunjukkan sesuatu yang berlawanan dengan maksud suci.
Sesuatu yang diistilahkan sebagai najis, bermakna ia kotor."
(Rujuk Mu'jam Maqayis al-Lughah,jil. 5,ms 393 dan al-Qamus al-Fiqhi,ms 348)

Najis 'ainiyyah, iaitu segala benda yang haram dimakan atau dimanfaatkan bukan kerana dinilai dari segi dihormati (seperti lembu, kambing dan ayam), kotor atau boleh mendatangkan mudharat kepada tubuh badan dan akal.
(Rujuk Kasyaf al-Qina' 'Ala Matn al-Qina', jil. 1,ms 29, al-Libab Syarh al-Kitab, jil. 1, ms 5, Syarh al-Zarqani 'Ala Mukhtasar Khalil, jil. 1, ms 5 dan Mughni al-Muhtaj, jil. 1, ms 77)

Dalam Mazhab Shafi'ie, ada 13 perkara yang diputuskan sebagai najis berdasarkan ijtihad ulamak-ulamak mazhab, antaranya ialah:

Semua jenis air kencing ialah sama ada daripada manusia atau haiwan.
Semua jenis tahi ialah najis sama ada tahi manusia atau haiwan.


MENGAPA ALLAH SWT MENGHARAMKAN MAKANAN YANG BOLEH MEMUDHARATKAN DIRI MANUSIA?

ALLAH SWT mengharamkan semua makanan yang memudhratkan atau mudharatnya lebih besar dari manfaatnya. Hal ini tidak lain untuk menjaga kesucian dan kebaikan hati, akal, roh dan jasad, yang mana baik dan buruknya keempat perkara ini sangat ditentukan dengan makanan yang masuk ke dalam tubuh manusia yang kemudian akan berubah menjadi darah dan daging sebagai unsur penyusun hati dan jasadnya.

RASULULLAH S.A.W bersabda yang bermaksud:
"Daging mana saja yang tumbuh dari sesuatu yang haram maka neraka lebih pantas untuknya"
(Hadith Riwayat At-Tirmizi)

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah menyatakan Manhaj Islam dalam penghalalan dan pengharaman makanan adalah "Islam menghalalkan semua makanan yang halal, suci, baik dan tidak mengandungi mudharat, demikian pula sebaliknya Islam mengharamkan semua makanan yang haram, najis atau ternajis, kotor dan yang mengandungi mudharat".

ALLAH SWT melarang melakukan apa saja termasuk memakan makanan yang boleh memudharatkan diri, dalam firman-Nya yang bermaksud:

"Dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu ke dalam kebinasaan."
(QS Al-Baqarah : 195)

Juga sabda NABI SAW yang bermaksud:
"Tidak boleh membahayakan diri sendiri dan tidak boleh membahayakan orang lain".


MENGAPA DOA KITA TIDAK DITERIMA?

RASULULLAH SAW bersabda bahawasanya tidaklah diterima ibadahnya seseorang yang memakan barang yang haram. Baginda menambahkan, ramai orang yang berusaha sekuat tenaga untuk beribadah kepada ALLAH S.W.T lalu mengangkat kedua tangannya seraya memohon "Ya ALLAH, aku mohon padaMu terimalah ibadahku..," tetapi jika makanannya haram ,minumannya juga haram, pakaiannya pun haram bagaimana mungkin doanya akan dimakbulkan?
(Riwayat Muslim & Tirmizi)

Suatu kali Sa'ad bin Abi Waqqas r.a. meminta kepada RASULULLAH S.A.W untuk mendoakannya supaya doa yang dia panjatkan dikabulkan ALLAH S..WT. Maka RASULULLAH S.A.W bersabda padanya yang bermaksud : "Wahai Sa'ad, jika kamu makan dari yang halal dan toyyib ALLAH S.W.T akan menjawab semua permohonanmu. "RASULULLAH S.A.W kemudian menambah, "Aku bersumpah demi ALLAH yang nyawaku dalam genggamanNya jika seseorang makan sedikit sahaja dari yang haram tidak sedikit ibadahnya diterima ALLAH SWT selama 40 hari". Bilamana daging yang membentuk tubuh seseorang tersebut dari unsur yang haram maka hanya api neraka sahajalah yang patut bagi tubuhnya.

(Riwayat At-Tabrani) Lihat As-Durar Al-Mantsur Fi Tafsir Bil Ma'tsur Juz II hal 403.




RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud:
"Akan datang suatu zaman seseorang tidak akan ambil peduli terhadap apa yang diambil,apakan itu halal atau haram."
(Riwayat Bukhari)

p/s : Mengapakah kita masih perlu memilih makanan yang tidak halal sedangkan terdapat alternatif yang menjamin halalan toyyibah dan dapat menjamin kesihatan?
Renung-renungkanlah....(:




********************************************************************************

sumber:AZ-ZAIN-PRODUK HALAL PILIHAN MUKMIN